Tuesday, 24 May 2016

Kenali Jenis Jerawat Untuk Atasi Masalah Kulit Muka




Kulit berjerawat merupakan masalah yang menghantui hampir 80 peratus rakyat Malaysia. Malahan, masalah kulit muka ini adalah masalah yang lazimnya  dihadapi oleh setiap individu seantero dunia.

Saya pun sering menghadapi diserang jerawat lebih-lebih lagi bila hampir period. Mengikut kajian, setiap jerawat ini adalah berbeza mengikut jenis-jenisnya.

Oleh kerana jerawat ini ada pelbagai jenis maka tak hairanlah penyelesaiannya juga tak sama!

Mari kita sama-sama mengenali jenis-jenis jerawat dalam usaha kita untuk mengatasi masalah kulit muka.

1. Jerawat biasa

Jerawat biasa ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:




Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih, bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman namun elakkan dari menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.
Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit telah mati. Liang telah tertutup diatas dan memerlukan rawatan intensif.
Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti kuman dan berlaku radang.
Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.


2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris

Nodul -Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut dimuka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.
Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.

3. Jerawat Kronik Atau Acne Rosacea



Masalah kulit muka ini sering disalahtafsir sebagai sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan tak mempunyai bintik hitam. Seolah-olah sama dgn acne vulgaris.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapi bengkak hidung. Disarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini. Lazimnya menyerang wanita berumur 30 tahun dan ke atas.


4. Jerawat Kronik Lain (Severe Acne)

-Acne Conblongata – Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha. Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.

-Acne Fulminans –  Masalah kulit ini ajan menyerang secara tiba-tiba selepas dijangkiti masalah acne conblongata. Biasanya akan dihadapi oleh golongan lelaki dan usia muda. Simptom-simptomnya diserang demam, gatal yang teruk dan tak bereaksi kepada antibiotik.

-Gram-Negative Folliculitis–  diakiatkan oleh jangkitan kuman berkemungkinan kerana kesan dari rawatan antibiotik dalam jangkamasa lama untuk merawat jerawat pustules atau sista. Masalah kulit muka ini jarang berlaku dan boleh dirawat.

-Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans)– Hanya dihadapi oleh wanita berusia dalam lingkungan usia 20 ke 40 tahun. Simptom yang dihadapi adalah seperti jerawat batu (nodules) besar yang sakit, luka-luka. Menyerang secara mendadak dan berpotensi menyerang mereka yang tak pernah menghadapi masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk beberapa tempoh tertentu dan akhirnya akan sembuh.
Saranan saya untuk masalah jerawat yang kronik, anda perlu segera untuk berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologist.

Jangan dibiarkan berlarutan atau anda hanya menggunakan produk-produk di farmasi.


Masalah kulit muka yang serius dan kronik ini memerlukan konsultasi berterusan dari dermatologist dan mengambil masa untuk sembuh.


by DR hidayat







Monday, 23 May 2016

“Doktor, Tak Ada Ubat Sapuan Lain Untuk Kulit Saya?”

tu antara keluhan dan pertanyaan yang sering diungkapkan oleh para ibu bapa, mahupun pesakit itu sendiri apabila keadaan kulit mereka masih tidak sembuh sepenuhnya dalam tempoh masa yang diharapkan. Lebih tepat lagi, ianya seringkali diutarakan oleh pesakit-pesakit kulit kronik seperti eczema ketika mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit mahupun di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang lain. Keluhan dan keresahan yang dilemparkan ini berpunca daripada kurangnya pengetahuan mereka terhadap penyakit kulit yang dihadapi.



Perlu diingatkan bahawa penyakit kulit tersebut adalah penyakit yang senantiasa datang dan pergi. Ianya tidak akan dapat dihilangkan secara sepenuhnya tetapi boleh dikawal seperti penyakit-penyakit kronik yang lain. Ini adalah kerana punca utama penyakit tersebut adalah lebih kepada hubungkait antara faktor dalaman dan luaran, bukannya jangkitan kuman semata-mata yang boleh dihilangkan dengan rawatan antibiotik.

Penyakit atopik dermatitis (eczema) seringkali dikaitkan dengan faktor keturunan dan alahan. Ia adalah penyakit radang kulit yang menyebabkan rasa gatal yang teruk serta boleh mengganggu kualiti tidur dan kehidupan seharian. Kebiasaannya, ia mula muncul pada kanak-kanak sebelum berusia dua tahun dan seringkali menunjukkan gejala dalam bentuk ‘pasang dan surut’, iaitu ada kalanya kelihatan terkawal (remission) dan ada kalanya bertambah teruk (exacerbation). Namun, bagi tahap yang teruk, pesakit mungkin akan mengalami gejala kegatalan dan radang kulit secara berpanjangan.
Antara tanda-tanda penyakit atopik ekzema ini termasuklah keadaan kulit yang kering, merah dan kelihatan bersisik. Ianya bertambah teruk apabila digaru berulang kali. Sekiranya dibiarkan, kulit akan tercedara akibat kesan garuan yang berterusan menyebabkan kuman boleh memasuki kawasan kulit yang lebih dalam dan mengakibatkan jangkitan. Jangkitan ini sekaligus memarakkan lagi kitaran gejala atopik eczema. Tambahan pula, kawasan kulit yang cedera akibat garuan berterusan juga akan meninggalkan parut dan kulit menjadi keras, bersisik dan kering.

Radang kulit ini melibatkan kawasan kulit tertentu mengikut umur pesakit tersebut. Secara umum, atopik ekzema seringkali melibatkan kawasan muka, badan, hadapan lutut dan belakang siku atau kawasan tidak berlipat (extensor surface) di kalangan bayi. Manakala bagi kanak-kanak yang lebih berumur dan dewasa, ianya seringkali melibatkan kawasan kulit yang belipat (flexor surface) seperti belakang lutut, hadapan siku, hadapan pergelangan kaki, tengkuk dan sekitar mata.
Pesakit atopik eczema juga seringkali mengalami beberapa penyakit alahan yang lain seperti radang alahan pada mata (allergic conjunctivitis), alahan pada hidung (allergic rhinitis) dan juga penyakit asma atau lelah (bronchial asthma). Ahli keluarga terdekat juga seringkali mengalami masalah kulit atau penyakit alahan yang sama. Penyakit eczema dan alahan ini seringkali menjadi teruk apabila mereka terdedah kepada bahan-bahan yang menggalakkan pengeluaran dan pengaktifan sel-sel radang dan alahan. Sebagai contoh makanan laut, cuaca yang panas dan kering, habuk, tekanan atau kemurungan, hama mahupun akibat jangkitan kuman. Apa yang memeranjatkan adalah bahan-bahan yang terdapat dalam produk pencuci muka dan badan juga mampu meningkatkan keradangan kulit pada pesakit eczema.

Rawatan TERPENTING ekzema adalah bermula dengan penerangan dan pemberian maklumat yang tepat kepada ibu bapa dan pesakit. Mereka perlulah memahami bahawa penyakit ekzema ini adalah bersifat kronik, iaitu tidak dapat dibasmi secara menyeluruh tetapi boleh dikawal agar keadaan yang teruk dapat dikurangkan. Mereka perlu bersedia menghadapi penyakit ini untuk jangka masa yang LAMA. Biarpun ada di antara pesakit yang sembuh daripada penyakit ini ketika meningkat dewasa, namun ianya bukanlah sesuatu yang pasti dan lebih bergantung kepada individu. Justeru, para ibu bapa perlulah diberi penekanan untuk memberi sapuan ubat secara berterusan dan tidak sesekali putus asa. Sikap “doctor shopping” atau mengambil ubat-ubatan yang pelbagai hanya akan melambatkan kesan penyembuhan dan merugikan masa serta wang. Keadaan akan bertambah buruk jika kesan sampingan dari ubat-ubatan yang pelbagai pula muncul. Penerangan penting yang lain termasuklah mengenalpasti punca keadaan kulit semakin teruk dan mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahan-bahan alahan tersebut. Elakkan memakai pakaian yang tebal dan pilihlah pakaian yang diperbuat daripada kain kapas. Penggunaan penghawa dingin ketika malam juga adalah digalakkan untuk mengekalkan suhu yang selesa ketika tidur dan dapat mengelakkan peluh.

Selain daripada itu, penjagaan kulit yang rapi perlulah dititikberatkan. Ini termasuklah sentiasa membiarkan kulit dalam keadaan lembap dan mengamalkan tabiat mandi dengan kerap. Elakkan daripada membiarkan kulit terdedah dalam keadaan panas terik untuk tempoh masa yang lama. Penggunaan krim pelembap amat membantu. Ianya boleh dijadikan sabun ketika mandi, disapu ketika rehat,ketika mempunyai masa terluang ataupun ketika dirasa kulit agak kering. Elakkan daripada memakai pelbagai jenis sabun di pasaran selain krim pelembap yang telah disarankan oleh doktor ataupun setelah mendapatkan pengesahan dari doktor berkenaan sabun yang ingin digunakan.
Sapuan krim steroid boleh dilakukan ke atas kulit yang menunjukkan tanda-tanda radang iaitu merah ataupun kawasan kulit yang mengeras, tebal atau bersisik. Penggunaan krim steroid adalah selamat. Namun, kekuatan steroid yang digunakan perlulah setara dengan keadaan radang kulit. Krim steroid yang paling rendah kekuatannya yang mampu mengurangkan radang perlulah digunakan. Elakkan daripada menggunakan krim steroid yang kuat untuk tempoh masa yang lama. Seelok-eloknya tidak melebihi tempoh masa dua minggu. Krim steroid yang kuat ini hanya boleh diberikan atas nasihat doktor pakar kulit. Perlu diingatkan bahawa penggunaan krim sederhana atau kuat perlu dielakkan pada kanak-kanak dan juga pada kawasan yang lembut dan nipis seperti kawasan kemaluan.

Selain daripada itu, jumlah sapuan krim steroid yang diperlukan sebenarnya adalah sedikit. Ianya hanya memerlukan kuantiti sebesar satu bahagian hujung jari yang perlu disapu rata dan nipis dalam bentuk bulatan. Ulangi langkah yang sama pada kawasan kulit lain yang perlu disapu. Ia perlu disapu sekali atau dua kali sehari sahaja. Para ibu bapa dan pesakit juga perlulah memahami fungsi krim steroid yang sebenar iaitu sebagai anti radang dan bukannya sebagai pelembap. Justeru, krim steroid tidak perlu disapu tebal. Untuk kesan yang lebih baik, krim steroid boleh disapu dalam tempoh 30 minit selepas sapuan krim pelembap.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik bagi pesakit yang mengalami masalah kulit yang teruk untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada klinik-klinik pakar di hospital. Ini adalah kerana jumlah isipadu krim yang besar hanya boleh didapati di klinik pakar. Manakala di klinik kesihatan, krim sapuan yang disediakan adalah dalam isipadu yang kecil dan hanya bertahan sekitar seminggu hingga ke dua minggu. Ini selalunya menjadi masalah untuk mereka yang memerlukan krim pelembap yang banyak. Di klinik pakar kulit, krim pelembap ini dapat diberikan sekitar 500 gram sebulan.

Antara rawatan-rawatan yang lain bagi ekzema termasuklah pengambilan ubat antihistamin untuk mengawal rasa gatal pada kulit. Antihistamin juga boleh diberikan terutama bagi mereka yang seringkali mengalami gangguan tidur akibat gatal yang keterlaluan. Justeru itu, kesan sampingan mengantuk daripada antihistamin sebenarnya sangat membantu pesakit ekzema untuk tidur lebih lena. Namun begitu bagi kanak-kanak, antihistamin yang tidak mengantuk (generasi kedua antihistamin) seperti loratadin perlulah diutamakan. Walaubagaimanapun, pengambilan ubat tahan gatal atau antihistamin pada kanak-kanak berusia kurang dua tahun adalah tidak dibenarkan. Rawatan lain yang perlu termasuklah penggunaan antibiotik jika terdapat tanda-tanda jangkitan kuman pada kulit. Antibiotik boleh diberikan oleh doktor untuk tempoh seminggu hingga ke sepuluh hari. Sapuan antibiotik juga boleh disapu pada kawasan jangkitan kuman selain memakan ubat antibiotik.
Justeru itu, berdasarkan penjelasan di atas, jawapan yang tepat kepada pertanyaan “Doktor, tak ada ubat sapuan lain ke?”, adalah:

“Tiada, kerana apa yang anda perlukan adalah pemahaman dan maklumat yang tepat berkenaan penyakit kulit, penyapuan ubat yang sedia ada secara berterusan, kesabaran dan masa! Sesungguhnya kami tidak ada krim ajaib!”.


Dr. Shaiful Ehsan sedang melanjutkan pelajaran beliau untuk menjadi seorang Pakar Perubatan Keluarga dan kini merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Saturday, 21 May 2016

4 PUNCA JERAWAT YANG ANDA PERLU TAHU

Salam...dah lama xupdate entry baru...sbb busy dgn tugas hakiki...(^_^)

Entry kali ni, saya nak cerita sket tentang masalah yang sering berlaku oleh penguna Dnars kategori kulit JERAWAT/BERMINYAK....

Apakah yang menyebabkan jerawat??? pernah x anda2 semua kaji.... byk sebenarnya faktor2 berkaitan..antaranya:

✔ Keturunan   : faktor genetik /gen yang diwarisi oleh ibu bapa mereka.-


 ✔Makanan: Yup...faktor ini juga mmg mempengaruhi kerana minyak dari makanan tersebut boleh mmperbanyakkn lagi kandungan minyak dlm bdn.-


✔ Persekitaran: Kawasan pekerjaan yang berdebu & kotor juga menyumbang kepada faktor jerawat kerana ianya kotoran yang menyumbat liang pori boleh mnghasilkan jerawat.-


 ✔Kosmetik : Ye...kosmetik juga mempengaruhi pertumbuhan jerawat.. sbb kosmetik juga boleh mnyumbat pori-pori...- Lain2: ada lagi tp kena jadi pakar kulit baru tau...hehehehe...


Jadi disini smua jerawat yang dialami oleh individu adalah dr punca yang berbeza..

Persoalan yang ingin saya rungkai kat sini adalah..kenapa penguna yang mmpunyai masalah jerawat bila pakai set jerawat, jerawat makin banyakkkk????

Sbnrnya pertumbuhan jerawat makin byk tu adalah tndak bls yang normal & bkn yang perlu dirisaukan dear....huhu... dnars sedang bekerja utk mngeluarkan minyak yang tersumbat dlm liang pori wajah anda..



bagi mereka yang mmpunyai kulit berminyak yg heavy..mmg sgt perlu berhati2..kerana minyak yg terkmpul dlm liang pori berupaya mnghasilkan jerawat dgn cepat.. sbb tu bagi yg mngunakan set jerawat mmg jerawat akn timbul dulu sebelum jerawat tersebut semakin pulih & berkurangan... jadi disini...dgn tegas & penuh yakin... saya mengesyorkan penguna skincare yang mengalami masalah jerawat & mngunakan set jerawat  kemudian jerawat tumbuh makin byk...perlu teruskan tanpa rasa ragu2.. kerana tindak bls tersebut adalah tindak balas pemulihan bagi msalah anda....... 

p/s : jika jerawat keluar makin byk, stop je krim mlm seminggu...& yang lain2 truskan seperti biasa... anda perlu mnyesuaikan dnars dgn keadaan kulit anda.... jika anda teruskan usaha anda tnpa ragu2, pasti anda akn dpt hasil yang memuaskan... 


Sunday, 15 May 2016

8 Khasiat & Manfaat Lidah Buaya (Aleo Vera) Yang Anda Mungkin Tidak Tahu


khasiat manfaat lidah buaya
Lidah buaya, atau juga dikenali sebagai aloe vera merupakan satu tumbuhan yang sering digunakan dalam pelbagai jenis rawatan – malah sudah diamalkan berkurun lamanya.
Biasanya ia dikenali sebagai perawat masalah kulit, pada masa yang sama boleh merawat masalah kesihatan yang lain.
Artikel kali ini akan menyenaraikan 8 khasiat & manfaat lidah buaya (aloe vera) yang disokong oleh sains.

1. Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan

Lidah buaya adalah tumbuhan yang mempunyai dahan/daun yang tebal, mengandungi banyak air di dalamnya.
Ianya banyak digunakan di dalam produk kecantikan, kosmetik, farmasi dan industri makanan. Dianggarkan bahawa tumbuhan ini menyumbang kepada $13 billion dalam harga pasaran.
Setiap daunnya penuh dengan tisu licin (gel) yang menyimpan air dengan banyak, sehingga bentuknya menjadi tebal. Gel tersebutlah yang digunakan di dalam produk-produk kecantikan.
The gel contains most of the bioactive compounds in the plant, including vitamins, minerals, amino acids and antioxidants.

2. Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria

Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan.
Gel lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluargapolyphenol.
Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam lidah buaya, boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada bandan.

3. Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar

Lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu berbanding dengan rawatan makan.
Khasiat lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa lidah buaya ini boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lagi cepat berbanding ubat biasa yang terdapat di pasaran.

4. Air Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Plak Gigi, Setanding Dengan Mouthwash

Pereputan gigi dan masalah gusi adalah salah satu masalah oral yang biasa dialami.
Antara cara terbaik untuk mencegah daripada perkara ini berlaku adalah dengan mengurangkan perbenyukan plak pada gigi.
Dalam satu kajian ke atas penggunaan mouth rinse yang melibatkan 300 orang yang sihat, mendapati bahawa air dari lidah buaya setanding dengan mouthwash yang lain – hanya dalam 4 hari.
Kajian yang lain turut mengesahkan perkara ini.
Perkara ini berlaku kerana lidah buaya boleh membunuh bakteria penyebab plak gigu, yang dikenali sebagai Streptococcus dan yis Candida albicans.

5. Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)

Ramai orang yang mengalami ulser mulut – mesti ada punya dalam sepanjang hayat mereka.
Biasanya, ulser mulut ini akan berlaku pada bibir, di dalam mulut dan akan berlanjutan selama 7-10 hari.
Sudah banyak kajian yang mencadangkan bahawa lidah buaya ini boleh dijadikan sabagai satu kaedah rawatan berkesan kepada ulser mulut.
Di dalam satu kajian selama 7 hari ke atas 180 respondan yang kerap mendapat ulser mulut, diarah untuk menyapu sedikit cebisan gel pada ulser tersebut setiap hari.
Walaupun tidak setanding dengan ubat farmasi seperti Bonjela atau produk yang mengandungi cortocosteroids yang lain, tetapu tidak dinafikan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang berkesan.
Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa gel dari lidah buaya ini bukan sahaja boleh merawat ulser, malah mengurangkan rasa sakit!

6. Lidah Buaya Boleh Merawat Sembelit

Lidah buaya boleh digunakan untuk merawat sembelit.
Kali ini bukan pada gelnya, tetapi pada latexnya – iaitu sejenis lebihan berwarna kuning yang melekat, dijumpai dibawah kulit daun aloe vera ini.
Salah satu komponen yang bertanggungjawab kepada kesan ini adalan dipanggil aloin atau barbaloin yang boleh bertindak sebagai laxative.
However, some concerns have been raised about safety issues with frequent use. For this reason, Aloe latex has not been available in the US as an over-the-counter medication since 2002.

7. Manfaat Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa lidah buaya boleh melambatkan proses penuaan.
Dalam satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.
Kajian yang lain pula mendapati bahawa lidah buaya boleh mengurangkan erythema (kesan merah pada kulit), tetapi pada masa yang sama mendapati bahawa ia boleh dehidrat sel kulit.

8. Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah (Terutama Bagi Pesakit Kencing Manis)

Kadang-kala, lidah buaya turut digunakan sebagai satu rawatan tradisional untuk pesakitkencing manis (diabetes).
Ia dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu pengawalan gula dalam darah.
Beberapa kajian ke atas manusia dan haiwan yang mempunyai kencing manis tahap 2, mendapati bahawa pengambilan ekstrak lidah buaya boleh memberikan kesan yang positif.

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa lidah buaya ini mempunyai banyak manfaat dan khasiat, terutama kepada kesihatan dan kecantikan. Sekiranya anda ingin bermula untuk mengamalkan penggunaan produk aloe vera, anda boleh membuat pilihan dari Lazada Malaysia
Harap artikel ini memberikan manfaat kepada anda semua. Silalah kongsikan artikel ini agar orang lain dapat tahu perkara ini juga.
Sekian~

KETAHUI KHASIAT BUAH DELIMA DI BAWAH






Buah delima merupakan salah satu buah yang sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya di seluruh dunia. Buah tersebut berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain.
Buah ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.
Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!
Dalam entri ini, anda akan disajikan dengan:
  • 7 Fakta Nutrisi Buah Delima
  • 4 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima (dari pelbagai sudut)
  • 3 Kajian Kes Ke Atas Khasiat Buah Delima
  • 4 Peringatan Tentang Pengamalan Buah Delima
  • Kesimpulan
KETAHUI KHASIAT BUAH DELIMA DI BAWAH

7 Fakta Nutrisi Buah Delima

Berikut adalah beberapa senarai nutrisi yang terdapat dalam buah delima:
  • Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
  • Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
  • Selain itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang. Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.
  • Buah delima mengandungi manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengkalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
  • Buah ini juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.
  • Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
  • Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.

4 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima

Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.
Jus buah delima mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagikgallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi anda daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain.

1. Khasiat Dari Sudut Kecantikan

Pengembalikan Sel. Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.
Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.
Melindungi Daripada Cahaya Matahari. Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.
Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
Mengekalkan Awet Muda. Buah delima mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.
Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan.
Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat. Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
Buah Delima Sebagai Face Mask. Campurkan 1 sudu teh powdered green papayagrape seed oil, dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.
Merawat Keguguran Rambut. Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.

2. KhasiatDari Sudut Kesihatan

Menghilangkan Radikal Bebas. Delima mengandungi kadar anti oksida yang tinggi sepertihydrolysable tannis dan polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.
Melindungi Kesihatan Jantung. Delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Dengan ini, dapay mengurangkan masalah saluran darah. Pada masa mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung.
Dengan pengambilan jus buah delima boleh mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), yang mana boleb meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).
Melawan Kanser. Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.
Bahan anti oksida akan menyebabkan perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.
Delima juga dipercayai boleh memberikan apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.
Membantu Sistem Penghadaman. Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.
Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima ke dalam satu gelas.
Meningkatkan Selera Makan. Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum segelas jus delima. Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk makan.
Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.
Mengurangkan Inflamasi. Delima mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.
Membantu Peredaran Darah. Buah delima juga sering digunakan untuk melegakan masalah darah tersumbat dalam saluran darah. Perkara ini boleh disebabkan oleh sesorang itu tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan mungkin juga kerana merokok.
Membantu Mengurangkan Berat Badan. Kajian menunjukkan bahawa buah delima mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan. Oleh itu, buah delima sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.
Mengawal Kadar Gula Dalam Darah. Walaupun buah delima mengandungi fruktos, ia tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buah yang lain. Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis yang mengamalkan pemakanan/peminuman buah delima setiap hari selama 2 minggu.
Mengawal Tekanan Darah. Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan perbentukan gumpalan darah.
Menghalang Perbentukan Plak. Anda mungkin tidak percaya, namun jus buah delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti mana yang dijual komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut mempunyai sifat anti plak yang tinggi.
Kajian menunjukkan bahawa buah delima boleh mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan organisma) sebanyak 84%.

3. Khasiat Tambahan Kepada Lelaki

Mengurangkan Risiko Mati Pucuk. Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko penyakit-penyakit tersebut.
Merawat Kanser Prostat. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan buah delima boleh mengurangkan dan dalam beberapa kes boleh menyembuhkan pesakit kanser prostat.

4. Khasiat Tambahan Kepada Perempuan

Memberikan Kesihatan Ketika Mengandung. Buah delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat yang tinggi. Kandungan ini bolehmengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.
Sifat buah delima yang anti inflamasi mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi. Selain itu, buah delima mempunyai potassiun yang mana boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung. Pengambilan buah delima secara berkala oleh ibu yang mengansung boleh mengurangkan risiko kelahiran tak cukup bulan.
Pengambilan jus delima semasa mengandung boleh mengurangkan kekejangan dan masalah tidur yang biasanya dialami oleh wanita yang berbadan dua. Delima juga boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke janin, yang mana boleh mengurangkan risiko kerosakan otak.
Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara. Kajian menunjukkan bahawa kandungan ellagitannins dalam buah delima boleh mengelakkan perkembangan sel kanser payu dara.

3 Kajian Kes Ke Atas Khasiat Buah Delima

Sekiranya anda tertanya-tanya, betul ke buah ini mempunyai banyak khasiat? Percayalah bahawa sudah melakukan kajian terhadap buah ini, bahkan sejak zaman dahulu lagi. Berikut adalah salah satu daripadanya.

1. Kanser Prostat

Satu kajian pada 2006 telah menemui bahawa meminum 227ml jus buah delima setiap hari boleh melambatkan perkembangan kanser prostat lelaki. Namun, walaupun kajian tersebut dilakukan dengan penuh teliti, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dan meminta beberapa kajian tambahan untuk menyokong penemuan ini.

2. Arteri yang sempit (Carotid Artery Stenosis)

Satu kajian telah dilakukan pada 2004 tentang pesakit Carotid artery stenosis, mendapati bahawa pengambilan 50ml jus delima setiap hari selama 3 tahun boleh mengurangkan kesan buruk kolestrol kepada arteri sebanyak 50%, dan boleh menghalang perbentukan kolestrol dalam badan.

3. Masalah Jantung

Satu kajian telah dibuat pada 2005 ke atas 45 pesakit yang mempunyai masalah jantung. Mereka diberi minum 238ml jus delima selama 3 bulan dan hasilnya sangat memberansangkan. Peredaran darah mereka semakin baik dan risiko sakit jantung semakin berkurang.

4 Peringatan Tentang Pengamalan Buah Delima

Sebelum anda mengamalkan pemakanan buah delima, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara kerana buah ini boleh memberikan kesan yang negatif sekiranya anda tidak mengikut senarai di bawah:
1. Jus delima tidak digalakkan diambil oleh orang yang sedang mengalami selesema, batuk, cirit birit ataupun penyakit yang berkaitan.
2. Jus delima mempunyai anti oksida yang boleh merendahkan tekanan darah. Oleh itu, sekiranya anda sedang mengambil ubat tekanan darah dari doktor anda, anda tidak digalakkan untuk meminum jus delima ini. Hal ini kerana berbuat demikian boleh menyebabkan anda mendapat tekanan darah yang sangat rendah (hypotension).
3. Orang yang mempunyai alahan pada sesetengah tumbuhan dan asma ada kemungkinan mempunyai alahan pada buah ini. Alahan yang biasa adalah muntah, mata berasa gatal dan kesukaran bernafas.
4. Buah delima boleh mengganggu kesan beberapa ubat, terutamanya ubat kolestrol.

Kesimpulan

Untuk mendapatkan semua khasiat dan kebaikan daripada buah ini, anda digalakkan untuk meminum satu gelas jus buah delima setiap hari. Buah ini agak murah dan tidaklah terlalu mahal, kerana ia senang untuk ditanam dan sesuai dengan iklim di Malaysia.
Sekiranya anda ingin mendapatkan kesihatan yang baik berpanjang, silalah masukkan buah delima dalam menu pemakanan harian anda.

Saturday, 14 May 2016

10 Tips Kecantikan Alami Wanita Dengan Khasiat Madu Asli Murni Alami


Tampil cantik, itulah dambaan para wanita dan harapan semua pria.
Berikut ini beberapa cara merawat kecantikan wanita .

Masker Madu Atasi Kulit Sensitif.

kompas.com. Sebagai seorang model, Renata Kusmanto tentu harus selalu menjaga kecantikan kulit wajahnya. Apalagi, make-up yang selalu menutupi wajahnya saat bekerja membuat kulitnya lebih sulit untuk "bernafas" dan lebih rentan jerawat.
"Untuk menghindari jerawat, saat show aku pakaimake-up sendiri yang sudah sesuai dengan kulitku," tukas Renata kepada Kompas Female, saat konferensi pers Jakarta Fashion Week 2012 di Jakarta, beberapa waktu lalu.

Karena kulitnya yang cenderung sensitif, Renata mengaku memiliki ritual khusus untuk mengatasinya. Setelah selesai bekerja, ia langsung membersihkan wajahnya dengan susu pembersih dan toner. Namun, karena make-up  yang digunakannya cukup tebal,  biasanya ia mengulangi langkah ini sampai dua kali. "Biasanya langkah ini diulang antara dua sampai tiga kali agar make-upbenar-benar hilang," .
Untuk memastikan kulit wajahnya sudah bersih, ia meraba kulit wajah dan merasakan apakah masih ada sisa-sisa riasan wajah yang tersisa. Langkah kedua adalah dengan mencuci muka dengan sabun agar make-up ini hilang sempurna.

Untuk menjaga kulit mulusnya, Renata selalu menggunakan masker madu setiap pagi hari. Tak susah untuk membuat masker madu ini, karena masker ini hanya terbuat dari madu alami yang diletakkann ke wajah. Setelah beberapa minitt, wajah dibilas dengan menggunakan air hangat. "Masker madu ini sangat berguna untuk kulit sensitif karena dapat membantu merawat dan menghaluskan kulit," .



Membersihkan muka
1 sdm (sendok makan) lendir lidah buaya ditambah 1 sdm madu ditambah 1 butir kuning telur ayam, aduk semua hingga rata, lalu sapukan ke wajah biarkan kering beberapa minit, kemudian cucilah dengan air hangat.

Badan tetap langsing
3 sdm madu ditambah 3 sendok air perasan kunyit, diminum seminggu sekali

Jerawat, bintik hitam dan menghaluskan muka
Panaskan 1/2 sdm madu di atas lilin, setelah mendidih diangkat selagi hangat oleskaan ke wajah atau ke jerawat.

Pelembab kulit
1 buah timun diblender hingga hancur lalu disaring, kemudian ambil air saringannya sebanyak 6 sendok lalu tambahkan dengan madu 1 sendok makan, aduk rata lalu sapukan ke kulit, biarkan sampai kering, setelah kering bersihkan dengan air. Lakukan seminggu sekali.

Pelembab muka
Kubis diblender hingga hancur, ambil satu sendok airnya lalu tambahkan satu sendok makan madu, aduk rata lalu sapukan ke wajah, setelah 15-20 menit bersihkan dengan air hangat.

Meremajakan kulit muka
Tepung gandum secukupnya, tambah 2 sdm madu tambahkan lagi putih telur secukupnya, hingga terbentuk pasta untuk masker. Lalu sapukan ke wajah hingga rata dan biarkan selama 1 jam. Setelah itu bersihkan dengan air hangat dan air dingin secara bergantian, basuhan terakhir harus air dingin. Lakukan sesering mungkin hingga anda memiliki wajah yang bersih, halus, licin dan bercahaya sehingga kelihatan seperti muda kembali.

Menghilangkan keriput wajah
1 butir telur ayam dicampur 1 sdm madu, diaduk yang rata, lalu sapukan ke wajah hingga rata dan biarkan selama 30 menit. Kemudian bersihkan dengan air hangat dan dingin secara bergantian dan diakhiri dengan air dingin. Bisa juga digunakan untuk melicinkan serta menghaluskan kulit bagian tubuh lainnya

Menghaluskan kulit tangan
2 sdm madu ditambah perasan 1 buah jeruk nipis, Aduk rata lalu sapukan ke seluruh kulit tangan hingga rata sambil diurut-urut dan dipijat, biarkan selama lebih kurang 30 menit, kemudian cuci dengan air hangat dan air dingin secara bergantian, terakhir dengan air dingin. Bila sering dilakukan maka kulit tangan anda akan menjadi sangat halus dan lembut.

Penyejuk kulit.
Campurkan satu sendok teh madu dengan satu sendok teh minyak sayur dan seperempat sendok teh jus lemon. Ini merupakan campuran kondisioner alami. Untuk menggunakannya Anda bisa menggosokannya ke setiap bagian tubuh Anda yang kering. Biarkan selama 10 menit dan kemudian bilas.

Pengelupasan kulit.
Madu dapat digunakan untuk mengangkat sel kulit mati di permukaan terluar kulit. Caranya, Anda dapat mencampur satu sendok makan almond dengan madu, dua sendok makan oatmeal kering dan satu sendok teh jus lemon. Setelah itu, pijat lembut campuran ini pada wajah selama 5 menit dan kemudian bilas menggunakan air bersih.

Wednesday, 11 May 2016

MENGATASI KULIT KERING BERSISIK

MENGATASI KULIT KERING BERSISIK

Mengatasi Kulit Kering Bersisik
Tips Kecantikan – Dapatkan Kulit Halus dengan Cara Mengatasi Kulit Kering Bersisik Ini
Salah satu permasalahan kulit yang banyak dialami adalah kulit yang kering. Kulit kering bisa disebabkan oleh banyak hal, misalnya faktor genetic, kekurangan cairan, atau kurang sapuan nutrisi untuk kulit. sebab yang lebih ekstrim, kulit kering bisa menimbulkan sisik. Ih! Jika sudah mengalami ini, cubalakukan langkah perawatan mengatasi kulit kering bersisik berikut ini.

1. Menggunakan Pelembab
Pelembab adalah yg pertama yang memaikan peranan penting dalam menjaga kelembaban kulit tubuh. Walaupun tubuh sudah memiliki sistemnya sendiri dalam mengganti sel kulit secara teratur, namun Anda juga perlu membantunya dengan menutrisi dan melembabkan kulit dengan lotion atau pelembab. Kulit kering yang bersisik biasanya disebabkan oleh sel kulit yang kurang mendapat nutrisi atau sel kulit mati yang menumpuk, dan untuk mengatasinya, gunakanlah pelembab. Terutama jika Anda banyak beraktivitas di ruangan ber-AC atau banyak terkena sinar matahari, pelembab is an essential! Pilih yang memiliki kandungan Hyaluronic Acid, timun, alpukat atau aloe vera.

2. Lakukan Diet Seimbang
Rupanya apa yang Anda makan dapat memengaruhi keadaan kulit Anda. Mungkin salah satu penyebab dari kulit kering dan bersisik Anda adalah banyaknyapengambilan gula dan kurangnya pengambilan nutrisi untuk makanan kulit. Terlalu banyak ambil gula dapat menyebabkan Anda dehidrasi, sehingga proses produksi kolagen alamiterbantutt. Kolagen ini sendiri adalah molekul penting yang ada pada kulit untuk memberikan efek halus, lembut dan kenyal. Maka dari itu, lakukan diet yang mengurangi makanan yang mengandung gula tinggi, serta mula makan buah dan sayuran yang memiliki kandungan vitamin serta mineral baik untuk menutrisi kulit kering dan bersisik Anda.


 3.scrubbing dan Peeling
Penyebab kulit kering dan bersisik boleh jadi tumpukan sel kulit mati yang menghalangi pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sehat. Maka dari itu, sangat penting untuk melakukan aktivitis mengangkat sel kulit mati, namun mandi biasa saja tidak cukup. Anda mungkin boleh menggunakan sikat mandi dengan bulu yang halus sehingga dapat membantu mengangkat sel kulit mati pada tubuh dan mengatasi kulit kering bersisik. Selain itu, Anda jugaboleh menggunakan scrubbing sekaligus peeling dengan mandi khusus atau ramuan scrubbing yang boleh dibuat sendiri di rumah. Tujuan dari scrubbing dan peeling adalah untuk menyingkirkan sel kulit mati, sekaligus menutrisi kulit agar merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru dan lebih sehat.


4. Aplikasikan Pelembab Setelah Mandi
Mandi adalah aktiviti yang sebenarnya membersihkan kulit tubuh dari kotoran,peluh, bakteri dan kuman, namun mandi juga dapat mengambil minyak  pada kulit tubuh sehingga kulit menjadi lebih kering. Maka dari itu, sebaiknya perhatikan aktiviti mandi Anda untuk segera menggunakan lotion atau pelembab setelah mandi. Hal ini untuk menghindari kulit yang kering dan bersisik setelah aktiviti mandi yang menggunakan sabun dan air. Tips lainnya adalah pilih sabun yang berbentuk gel atau cair agar menurunkan risiko kulit yang lebih kering setelah mandi. Sabun batang selain tidak bersih juga memiliki kandungan formula yang dapat membuat kulit lebih kering dibandingkan sabun cair atau gel. Pilih juga sabun yang mengandung zat pelembab tubuh seperti aloe vera, timun, lemon, atau alpukat.

5. Mandi Susu
Jika semua cara di atas sudah Anda lakukan dan belum juga menunjukkan hasil, mungkin Anda harus melakukan perawatan ekstra yang memerlukan berbelanja lebih besar, yaitu mandi susu. Mandi susu dianggap efektif dan terbukti dalam mengatasi kulit yang kering serta bersisik, karena susu dapat membuat kulit Anda lebih halus serta kenyal. Anda boleh berendam dalam air susu segar tanpa rasa atau plain, atau Anda juga bisa membuat ramuan susu berbentuk pasta yang lebih cair dan mengaplikasikannya pada kulit tubuh. Anda bisa memilih salah satu dari keduanya dan jangan lupa untuk melakukan langkah perawatan ini secara rutin hingga kulit Anda mendapatkan kelembabannya kembali.
Semoga dengan  informasi di atas, Anda dapat mengatasi kulit kering bersisik yang sudah banyak mengganggu Anda, ya!