Kulit berjerawat merupakan masalah yang menghantui hampir
80 peratus rakyat Malaysia. Malahan, masalah kulit muka ini adalah masalah yang
lazimnya dihadapi oleh setiap individu
seantero dunia.
Saya pun sering menghadapi diserang jerawat lebih-lebih
lagi bila hampir period. Mengikut kajian, setiap jerawat ini adalah berbeza
mengikut jenis-jenisnya.
Oleh kerana jerawat ini ada pelbagai jenis maka tak
hairanlah penyelesaiannya juga tak sama!
Mari kita sama-sama mengenali jenis-jenis jerawat dalam
usaha kita untuk mengatasi masalah kulit muka.
1. Jerawat biasa
Jerawat biasa ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih,
bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah
teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman namun elakkan dari
menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.
Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku
kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan
kulit telah mati. Liang telah tertutup diatas dan memerlukan rawatan intensif.
Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti
kuman dan berlaku radang.
Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules.
Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama
menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.
2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris
Nodul -Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam
masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan
bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut
dimuka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.
Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi
jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk
sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan
menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.
3. Jerawat Kronik Atau Acne Rosacea
Masalah kulit muka ini sering disalahtafsir sebagai
sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga
berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan
tak mempunyai bintik hitam. Seolah-olah sama dgn acne vulgaris.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapi
bengkak hidung. Disarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini.
Lazimnya menyerang wanita berumur 30 tahun dan ke atas.
4. Jerawat Kronik Lain (Severe Acne)
-Acne Conblongata – Tahap yang paling teruk bagi Acne
Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan
menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha.
Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.
-Acne Fulminans –
Masalah kulit ini ajan menyerang secara tiba-tiba selepas dijangkiti
masalah acne conblongata. Biasanya akan dihadapi oleh golongan lelaki dan usia
muda. Simptom-simptomnya diserang demam, gatal yang teruk dan tak bereaksi
kepada antibiotik.
-Gram-Negative Folliculitis– diakiatkan oleh jangkitan kuman
berkemungkinan kerana kesan dari rawatan antibiotik dalam jangkamasa lama untuk
merawat jerawat pustules atau sista. Masalah kulit muka ini jarang berlaku dan
boleh dirawat.
-Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans)– Hanya dihadapi
oleh wanita berusia dalam lingkungan usia 20 ke 40 tahun. Simptom yang dihadapi
adalah seperti jerawat batu (nodules) besar yang sakit, luka-luka. Menyerang
secara mendadak dan berpotensi menyerang mereka yang tak pernah menghadapi
masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk beberapa tempoh tertentu dan
akhirnya akan sembuh.
Saranan saya untuk masalah jerawat yang kronik, anda
perlu segera untuk berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologist.
Jangan dibiarkan berlarutan atau anda hanya menggunakan
produk-produk di farmasi.
Masalah kulit muka yang serius dan kronik ini memerlukan
konsultasi berterusan dari dermatologist dan mengambil masa untuk sembuh.
by DR hidayat
No comments:
Post a Comment